PELANCARAN MINISITE, DAHSEDEKAD.COM SEMPENA ULANG TAHUN SK KE-10 !

Peneraju telekung berinovasi di Malaysia, telekung Siti Khadijah mengorak selangkah kehadapan apabila tahun 2019 merupakan ulangtahun ke-10 penubuhannya. Sempena ulangtahun Siti Khadijah, pelbagai program dan aktiviti yang bakal diperkenalkan oleh #TeamSK bagi menghargai para penggemar telekung Siti Khadijah yang bergelar #FamilySK. Bagi tahun 2019, tema yang dipilih oleh #TeamSK ialah ‘kesetiaan’, sejajar dengan sokongan daripada #FamilySK sejak tahun 2019.

Dahsedekad.com merupakan laman sesawang mini pertama yang julung kali dilancarkan oleh #TeamSK istimewa sempena ulangtahun Siti Khadijah. Ianya telah dilancarkan pada 4 Januari 2019. Dahsedekad.com merangkumi segala aktiviti dan informasi berkaitan Siti Khadijah yang sudah meluaskan empayar perniagaan selama 10 tahun. Segala cerita dalam membangunkan produk SK dan penat lelah yang dilalui akan dipaparkan di dahsedekad.com kepada masyarakat.

Laman sesawang mini pertama SK ini juga akan menerapkan cerita di sebalik penghasilan telekung SK secara teknikal yang tidak pernah dikongsikan kepada #FamilySK sebelum ini. Ia juga akan membawa kepada perkongsian tentang insan yang bekerja keras di sebalik penubuhan perniagaan Siti Khadijah. Bermula Januari 2019, selama 4 bulan #TeamSK akan mengemaskini segala aktiviti/event SK di laman sesawang mini SK ini. Bertepatan dengan ulangtahun ke-10 SK, laman sesawang mini ini juga ingin mengupas tentang penglibatan SK yang telah menyumbang kepada ekonomi negara dan masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dijalankan sepanjang 10 tahun Siti Khadijah.

Selain itu, Siti Khadijah juga melancarkan logo baru sempena ulangtahun ke-10 SK. Logo baru itu simbolik dengan perjalanan Siti Khadijah dari awal penubuhan SK sehingga sekarang.
Ikuti coretan perjalanan SK yang bermula dari tahun 2009 hingga kini, pelbagai program korporat sosial yang dijalankan, dan melalui laman web mini ini dapatlah peminat SK mengenali Pengasas Siti Khadijah, Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman dengan lebih dekat hanya di laman sesawang mini dahsedekad.com.


Pengarah Pemasaran Siti Khadijah, Encik Mohd Munzir Aminuddin dan Pengasas Siti Khadijah, Puan Padzilah Enda Sulaiman di majlis Sidang Media dahsedekad.com, semalam~

“Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah 10 tahun SK berada di industri ini. Saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana masyarakat yang saya gelarkan #FamilySK ini tidak pernah putus dalam menyokong produk tempatan kita sendiri. 10 tahun di dalam industri ini sudah pasti ada pengalaman pahit dan manis, namun itulah adat di dalam perniagaan. Apa yang penting, kena fokus dan terus maju ke hadapan untuk lebih berjaya dan teruskan kejayaan. Harapan saya untuk 10 tahun akan datang, SK akan menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim yang terbesar di dunia, selari dengan visi Siti Khadijah insyaAllah..”kata Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah

1000 TELEKUNG SK DIBERIKAN SECARA PERCUMA SEPANJANG TAHUN 2019

Sempena sambutan ulangtahun ke-10, #TeamSK juga akan menghadiahkan 1000 helai telekung secara percuma sepanjang tahun 2019. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua #FamilySK yang sentiasa menyokong Siti Khadijah sepanjang 10 tahun ini. Terima kasih #FamilySK !

Menariknya dalam meraikan ulangtahun ke-10 SK ini, #TeamSK juga mencari kelainan dengan menerbitkan sebuah drama bersiri SK yang mengandungi 15 episod. Selepas berjaya menarik perhatian orang ramai dengan iklan Raya 2018 yang sangat menyentuh hati, drama bersiri SK ini akan dipertontonkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia melalui siaran Youtube Siti Khadijah TV. Jalan cerita drama ini diinspirasikan daripada kisah benar yang dilensakan daripada 3 sudut yang berbeza yang berlaku di Siti Khadijah bermula dari tahun 2009 sehingga sekarang.

Sehubungan itu, #TeamSK ingin menjemput #FamilySK yang bertuah untuk menjadi VVIP di Malam Sedekad Siti Khadijah sempena ulang tahun ke-10 Siti Khadijah di Hotel Marriott, Putrajaya pada 5 April 2019. Penyertaan untuk menjadi jemputan VVIP Malam Sedekad Siti Khadijah adalah dengan menonton drama bersiri SK dan berpeluang memenangi tiket VVIP tersebut. Mereka yang menonton dan berjaya memenangi tiket tersebut juga akan dapat telekung SK secara percuma.

Ikuti langkah-langkah mudah untuk dapatkan tiket VVIP Malam Sedekad Siti Khadijah 

1. Tonton drama bersiri pertama Siti Khadijah di DahSedekad.com dan dapatkan KATA KUNCI di setiap episod drama bersiri SK.

  1. Hantarkan KATA KUNCI setiap episod tersebut di DahSedekad.com
  2. Jawapan yang tepat dari episod 1 hingga episod 15 akan berpeluang mendapat tiket VVIP ke Malam Sedekad Siti Khadijah pada 5 April 2019.
    Contoh jawapan: EPISOD 1 SKSedekadDah
    *Tertakluk kepada terma dan syarat.

PERTUNJUKAN FESYEN & MALAM PENGHARGAAN DI MAJLIS MALAM SEDEKAD SITI KHADIJAH

Sebuah pertunjukan fesyen istimewa juga akan berlangsung pada Malam Sedekad Siti Khadijah pada 5 April 2019. Pelbagai koleksi produk Siti Khadijah yang baru akan diperagakan pada pertunjukan fesyen tersebut istimewa sempena ulangtahun ke-10 SK. Selain itu, #TeamSK juga akan memperkenalkan REKAAN BENTUK MUKA TERBARU telekung SK pada malam tersebut. Malam itu juga julung kali akan diadakan sebagai satu penghargaan kepada semua pihak seperti rakan media & blogger, para pembekal, vendor SK, kakitangan SK dan yang paling penting para pelanggan tetap SK yang setia dengan produk Siti Khadijah sejak tahun 2009. Majlis makan malam ini dijadikan seperti satu platform untuk lebih merapatkan hubungan ukhuwah antara satu sama lain.

JUALAN MEGA SEDEKAD SK

Sempena ulang tahun ke-10 Siti Khadijah, Jualan Mega Sedekad akan diadakan pada 6 April 2019, iaitu sehari selepasMalam Sedekad Siti Khadijah.
Jualan awal tahun 2019 ini akan diadakan Dewan Ballroom 2, Hotel Marriott, Putrajaya selama 1 hari sahaja bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam. Promosi Jualan Mega Sedekad ini istimewa dijalankan oleh #TeamSK sebagai tanda terima kasih dan sokongan #FamilySK selama 10 tahun. Pelbagai diskaun menarik menanti anda. #TeamSK juga teruja untuk mengeluarkan produk-produk SK yang baru untuk anda pada hari tersebut.

p/s: Jangan lupa dapatkan rangkaian produk Siti Khadijah di seluruh butik SK di Malaysia & Online SK hanya di www.sitikhadijah.com

This image has an empty alt attribute; its file name is image-1-1024x547.png
SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKONGSI: JOM TANYA SEBARANG KEMUSYKILAN/PERSOALAN ANDA KEPADA IMAM MUDA ASYRAF!

Assalamualaikum #FamilySK

Bermula tahun 2019, anda boleh bertanyakan sebarang kemusykilan/soalan kepada Imam Muda Asyraf dengan memasukkan KOD ISTIMEWA daripada Siti Khadijah ke laman web Sinar.my

Selepas masukkan kod istimewa SK itu, anda boleh ajukan soalan terus ke laman web Sinar.my. Bagi anda yang bertuah akan memenangi Baucar SK bernilai RM 200! Hanya dengan bertanyakan soalan kepada Imam Muda Asyraf. Jadi jangan lepaskan peluang untuk bertanyakan apa-apa soalan berkenaan hukum atau agama kepada Imam Muda Asyraf, dan beliau akan menjawab soalan anda di segmen Kawan Tanya Ustaz Jawab di Sinar.


Masukkan kod istimewa SK ini sebelum ajukan soalan anda ke Sinar.my & anda berpeluang memenangi Baucar SK bernilai RM 200 daripada Siti Khadijah!


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab’ dibawakan oleh telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi~

p/s: Jangan lupa dapatkan rangkaian produk Siti Khadijah di seluruh butik SK di Malaysia & Online SK hanya di www.sitikhadijah.com

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Kempen #bersamamemberikasih Telekung Siti Khadijah sasar dana RM 20, 000

Assalamualaikum #FamilySK

Bermula 12 Januari hingga 30 April 2019, #TeamSK akan menjalankan kempen #BersamaMemberiKasih. Bagi anda yang tidak mengetahui tentang kempen ini, kempen #BersamaMemberiKasih adalah salah satu inisiatif telekung Siti Khadijah dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan..  Team SK dalam usaha untuk mengumpulkan dan sebanyak RM 20,000.  Jom! #TeamSK mengajak semua #FamilySK bersama-sama menyertai Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Ramadan Siti Khadijah ini.

Bagaimana? Senang je! 🙂

Anda hanya perlu membeli koleksi telekung Signature Siti Khadijah (Signature Kekwa/Klasik Signature/Harmoni Signature). Setiap satu pembelian telekung Signature, RM 2 akan di masukkan ke dalam tabung CSR Ramadan 2019. Jumlah dana yang terkumpul akan diagihkan kepada golongan Asnaf,  anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang terpilih untuk program CSR Ramadan SK 2019 ini.

InsyaAllah, selesa beribadah dengan telekung SK, saham akhirat pun ada untuk anda~ 🙂

p/s: Jangan lupa dapatkan rangkaian produk Siti Khadijah di seluruh butik SK di Malaysia & Online SK hanya di www.sitikhadijah.com

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Butik Siti Khadijah kini di AEON Mall Nilai & Aman Central!

Peneraju telekung inovasi di Malaysia, Telekung Siti Khadijah melangkah setapak ke hadapan lagi dengan membuka dua butik. Dua butik Siti Khadijah yang dibuka itu terletak di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan dan Aman Central, Kedah.

Majlis pembukaan butik Siti Khadijah di AEON Mall Nilai ini turut diserikan dengan kehadiran Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), YAB Professor Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri dan Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah, Ammar Mohd Hishamuddin.  Manakala di butik Siti Khadijah di Aman Central, Kedah pula, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel, Mohd Munzir Aminuddin dan Pengarah Rina Salleh Clothing, Afiq Iskandar Razizad.

Butik Siti Khadijah Aman Central dan AEON Mall Nilai ini masing-masing merupakan cawangan yang ke-29 dan ke-30 di seluruh Malaysia. Waktu operasi bagi Butik Siti Khadijah yang baru ini adalah bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.  

‘’Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, Telekung Siti Khadijah berjaya meluaskan empayar perniagaan dengan membuka dua lagi butik di dalam Malaysia. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil saya, iaitu anak-anak dan suami yang sentiasa menjadi tulang belakang dan nadi kepada kejayaan Siti Khadijah sekarang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada famili besar saya, iaitu #TeamSK yang sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu dan kualiti Telekung Siti Khadijah bermula tahun 2009 sehinggalah ke hari ini. Saya juga percaya ini adalah titik permulaan yang baik sempena menyambut ulang tahun SK yang ke-10. InsyaAllah, pembukaan dua butik baru Siti Khadijah ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk merasai kualiti premium Telekung Siti Khadijah, dan dapat melakukan ibadah mereka dengan lebih selesa”.  
                      Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah

Disebabkan sokongan dan dorongan yang padu serta demand yang tinggi daripada pelanggan setia SK, #TeamSK mengambil keputusan untuk membuka sebuah lagi cawangan butik di Aman Central, Kedah dan di AEON Mall, Nilai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada #FamilySK yang sentiasa mempercayai kualiti produk SK sebagai kelengkapan ibadah seharian. Nilai pelaburan bagi pembukaan butik baru Siti Khadijah di Nilai mencecah RM 200,000.

Istimewa sempena pembukaan butik SK di Aman Central ini, SK telah keluarkan koleksi telekung baru iaitu Classic / Harmony Black Special Edition, H TPO Renda, Raissa & PKSE RW Allamanda. Bukan sahaja produk telekung, produk gaya hidup Muslim juga terdapat di butik SK.


Antara kelainan yang ingin di ketengahkan oleh Siti Khadijah bagi kedua butik baru ini ialah konsep rekaan dalam butik itu sendiri. Konsep yang digunakan tampak lebih moden namun kekal minimalis, sejajar dengan prinsip produk Siti Khadijah iaitu ringkas dan minimalis. Bagi pilihan warna butik pula, kedua-dua buah butik yang baru ini masih kekalkan warna maroon yang menjadi warna tema telekung Siti Khadijah. Antara tarikan lain adalah susunan wardrobe atau koleksi produk SK yang dipasarkan menghadap para pelanggan bagi menarik minat lebih ramai pelanggan dan interaksi yang lebih tinggi. Bagi keluasan butik pula, butik Aman Central mempunyai keluasan 775sqft, manakala butik di AEON Mall Nilai mempunyai keluasan 480sqft.

Buat julung kalinya, butik Siti Khadijah di Aman Central memperkenalkan rakan perniagaan baru iaitu jenama Rina Salleh Clothing. Ianya satu pembaharuan di mana dua jenama tempatan ditempatkan di dalam sebuah butik. Inilah kelainan yang ingin SK ketengahkan dan memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati bukan sahaja produk Siti Khadijah, mereka juga boleh merasai pengalaman mencuba rangkaian produk daripada Rina Salleh Clothing .

Tahun 2019 merupakan tahun ke-10 Siti Khadijah. Jadi saya rasa bukan saya seorang saja, malah staff SK yang lain juga turut teruja dengan ulang tahun ke 10 ini. Sempena ulang tahun Siti Khadijah ke -10, pelbagai program dan aktiviti yang bakal diperkenalkan oleh #TeamSK bagi menghargai para penggemar telekung Siti Khadijah. Termasuk lah dengan pembukaan beberapa butik SK di seluruh Malaysia pada tahun ini. Bagi tahun 2019, tema yang dipilih oleh #TeamSK ialah ‘kesetiaan’, sejajar dengan sokongan daripada #FamilySK sejak tahun 2009.

#TeamSK juga akan menghadiahkan 1000 helai telekung secara percuma sepanjang tahun 2019. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua #FamilySK yang sentiasa menyokong Siti Khadijah sepanjang 10 tahun ini.

Para pelanggan setia Telekung Siti Khadijah dijemput hadir pada 25-27 Januari 2019 bagi memeriahkan lagi Majlis Pembukaan Butik Siti Khadijah di AEON Mall Nilai dan Aman Sentral. Para pelanggan berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 15% dan HADIAH PERCUMA menanti pelanggan terawal. Tidak ketinggalan juga, untuk transaksi pembelian bernilai RM300 keatas, anda berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH TELEKUNG EKSKLUSIF Siti Khadijah bernilai RM1000.

Untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai produk pilihan, boleh terus layari laman sesawang Telekung Siti Khadijah di www.sitikhadijah.com atau LIKE laman Facebook Telekung Siti Khadijah. Untuk mendapatkan ukuran bagi setiap koleksi Siti Khadijah yang akan ditampilkan, boleh layari Instagram @catalogue.sitikhadijah.

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Transformasi Imej Dengan Busana Kebangsaan

Pakar budaya, Tenas Effendy (1989) yang telah mengumpul ungkapan orang tua dari daerah Riau, daerah rumpun Melayu yang terdekat dengan Malaysia menggambarkan Baju Kurung ialah baju kurung Teluk Belanga di mana jahitan tulang belut menghiasi bahagian leher yang halus dan rapi. Katanya, pakaian ini adalah pakaian yang sopan untuk di pakai wanita untuk menghadiri pelbagai majlis dan adat.

 Pengertian ‘kurung’ itu sendiri mempunyai persamaan dengan konsep pakaian menutup aurat atau anggota tubuh badan. Ciri-ciri ini menepati dengan konsep berpakaian cara Melayu selepas kedatangan Islam. Pada akhir abad ke-19, baju kurung ini telah diberi sentuhan baru dan diberikan nama khas iaitu baju kurung teluk belanga oleh Sultan Johor dan ianya kekal sehingga kini diangkat menjadi baju rasmi negara.

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Ini melambangkan identiti sesebuah negara. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana ianya mempunyai identiti yang tersendiri. Keunikan pakaian kebangsaan kita harus terus kekalkan.


Dapatkan baju kurung yang patuh syariah dan selesa dari Kurong.co keluaran Siti Khadijah~


Bukan itu sahaja, ia dapat melahirkan penampilan yang selesa mata memandang dari kepala hinggalah ke hujung kaki. Pakaian adalah cerminan diri seseorang individu. Seharusnya kita menjadi penyambung warisan budaya bangsa dengan membentuk penampilan yang sopan dengan sopan dengan berbusana kebangsaan.

Kita harus bersatu membangun industri busana dan tekstil warisan bangsa untuk mengekalkan identiti bangsa dan negara di mata dunia. Kita perlu terus aktif berusaha mengekalkan busana bangsa dalam pelbagai acara dan majlis agar pakaian dan fabrik pakaian dapat dipertingkatkan mutu pembuatan dengan berbagai inovasi untuk kegunaan masyarakat. Jangan biar busana kebangsaan kita dipinggirkan dan kita harus mampu melaksanakan peranan ini.

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE