SINAR FM ‘KAWAN TANYA USTAZ JAWAB’ BERSAMA TELEKUNG SITI KHADIJAH 45


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi.

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar– Ni ada soalan soalan daripada Encik Ahmad Muzammil Kamal Bin Mohd Zaidi, soalan dia macam gini mam. Apakah hukum kita melihat seseorang lelaki yang berperwatakan wanita dan berpakaian seksi? Apakah kita boleh melihat mereka dan berjabat tangan dengan mereka?         

Imam Muda Asyraf– Hukum lelaki dengan lelaki dibenarkan. Apakah hukum bagi lelaki yang menyerupai wanita? Lelaki yang menyerupai wanita hukumnya tertakluk kepada lelaki pada asalnya. Walaupun dia pakai pakaian wanita, walaupun dia ada buat suntikan-suntikan tertentu, berperwatakan wanita, hukum tetap kembali kepada lelaki. Sebagai contoh, jika dia meninggal dunia, disempurnakan jenazahnya oleh orang lelaki. Cuma nya ada beberapa fatwa ulama berkenaan laki-laki ‘abrod’ atau laki-laki ‘jambu’. Ada sebab-sebab tertentu sebagai contoh di Pakistan  banyak cerita-cerita macam ni lah.ulama2 keluarkan fatwa tentang kebimbangan mereka kepada lelaki ‘Abrod’. Maksudnya, orang lelaki tengok ada selera. Jadi sebahagian ulama’ yang mana melarang antaranya tidur bersama. Ada ulama’ melarangnya tidur bersama, duduk satu selimut bersama dan sekiranya kita peluk, pegang, salam itu ada unsur-unsur syahwat, maka diharamkan walaupun dia lelaki. Tetapi kalau kita salam dan tidak timbulkan fitnah dan salam biasa, hukumnya harus. Sebab dia adalah lelaki Tapi kalau kita tengok dia pun macam semacam je, kita pun peluk bukan main, itu tidak dibenarkan.

Pagi di Sinar–  Terima kasih Imam.


Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Dahsyatnya 6 April ini!

Dahsyat! Dahsyat! Dahsyat!

Apa yang dahsyat sangat ni? Telekung Siti Khadijah bakal menganjurkan jualan secara besar-besaran pada 6 April 2019 iaitu Jualan Mega #SKDahSedekad. Jualan Mega ini akan dijalankan di Putrajaya Marriott Hotel selama 1 hari sahaja.

Dahsyatnya Jualan Mega SK ini kerana #TeamSK ingin tawarkan kepada anda diskaun sehingga 60%. Orang ramai boleh kunjungi seawal jam 10 pagi sehingga 10 malam untuk menikmati pelbagai promosi menarik daripada Siti Khadijah, dan yang paling penting 20 produk terbaru SK juga bakal dipasarkan pada Jualan Mega SK ini! Dahsyatnya!

Jualan terbesar yang julung kali diadakan ini adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-10 telekung Siti Khadijah. Jualan Mega juga dijalankan bagi menzahirkan rasa terima kasih kepada para pelanggan SK di atas kesetiaan dan sokongan mereka sejak tertubuhnya telekung Siti Khadijah pada tahun 2009. Di Jualan Mega SK juga anda boleh ‘cuci mata’ dan ‘memborong’ produk tempatan lain seperti jenama Rina Salleh Clothing, Hegira, dan Zleqha.

Antara aktiviti menarik sepanjang Jualan Mega SK ini ialah sesi ‘kotak misteri’ SK yang akan dikelolakan oleh pengacara Go Shop, Syakirin Husnal. Kalau anda nak tahu apa yang terkandung di dalam kotak misteri tu, kena lah datang ke Jualan Mega SK yang terbesar ini!

Tidak terikat hanya pada aktiviti jualan, bagi suami yang agak-agak boring tunggu para isteri anda shopping sakan tu, jangan risau! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti sesi perkongsian ilmu agama bersama ustaz jemputan, Da’i Adam & Imam Muda Asyraf. Bukan itu je, untuk anak-anak anda pula, kami sajikan ruangan permainan, dan yang paling menarik, Maskot Omar & Hana pun ada untuk menghiburkan anak-anak kecil anda. Haaa menarik kan?

Bag-A-Minute SK!

Anda mesti tertanya-tanya apa itu Bag-A-Minute ni kan? Sebenarnya anda boleh jimat wang sebanyak RM 800 hanya dalam masa 60 saat sahaja! Bagaimana? Senang saja!

  1. Beli shopping beg SK ‘Bag A Minute’ di HANYA di Online SK (terhad kepada 20 bag sahaja)
  2. Dapatkan beg ‘Bag A Minute’ yang telah dibeli di Online SK di Jualan Mega Sedekad SK dengan menunjukkan resit pembelian.
  3. Dengan menggunakan ‘Bag A Minute SK’, anda boleh mengambil produk SK kegemaran anda dalam masa 60 saat sahaja!
  4. Produk SK  yang diambil semuanya akan diberi diskaun sebanyak 60% ! Wow!

Jadi anda semua dah tahu apa yang dahsyat sangat kan? Para Muslimah yang belum merasai pengalaman mengenakan telekung Siti Khadijah sebagai kelengkapan solat anda, inilah masanya!

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Dia Siti Khadijah….?

Assalamualaikum #FamilySK! Apa khabar semua? Lama rasanya HH tak borak- borak dengan anda semua. Ni haaa… saja lah HH nak tanya. Anda semua tau ke Hari Wanita Sedunia bila? Tahu tak tahu tak? 🙂

Okay lah, bagi anda yang tidak tahu, sebenarnya Hari Wanita Sedunia sebenarnya jatuh pada 8 Mac 2019.

Wanita diibaratkan seperti permaisuri dunia, bidadari syurga. Wanita pertama yang menjadi contoh ikutan ummah, Dia Siti Khadijah, secantik nama, secantik pekerti. Siti Khadijah RA merupakan isteri Nabi Muhammad SAW yang setia bersama-sama menyokong perjuangan Rasulullah SAW dalam menyerbarkan dakwah islam. Setuju ke setuju? 🙂

Bagi HH, selain Saidatina Siti Khadijah, seorang lagi insan yang merupakan wanita yang paling kuat dan tidak pernah kenal erti putus asa adalah ibu HH sendiri. Anda pula bagaimana?

Sempena Hari Wanita Sedunia, Telekung Siti Khadijah tidak terkecuali untuk mengadakan promosi bagi menghargai jasa & pengorbanan wanita. Setiap wanita selayaknya mendapat penghargaan dari insan yang tersayang. 

Promosi Dia Siti Khadijah yang bermula 1 hingga 11 Mac 2019 ini menawarkan diskaun sehingga 20% untuk produk SK yang terpilih. Promosi ini berada di Butik SK atau Online SK ya? Sudah pasti jawapannya adalah kedua-duanya, iaitu di seluruh butik SK dan Online SK! Haa lagi mudah la bagi anda. Tak payah pening kepala nak fikir kat mana nak beli kan? Pilih je Butik atau Online~ 🙂  

Bukan promosi SK la kalau tiada HADIAH PERCUMA untuk anda semua kan? Setiap pembelian bernilai RM 200 ke atas akan memiliki Diary Planner 2019 SK secara PERCUMA.  *sementara stok masih ada

Basic Atasan
Daania Atasan
Signature Limited Edition (LE)

Menangi Baucar Tunai SK sehingga RM1500 sempena promosi Dia Siti Khadijah!

Terma & Syarat:

  1. Baucar ini sah dengan pembelian melebihi RM 150 sahaja.
  2. Baucar terhad kepada 5 pemenang orang sahaja
  3. Hanya sah untuk satu transaksi dalam satu resit sahaja.
  4. Baucar ini tidak boleh digabungkan dengan pembelian lain.
  5. Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.
  6. Baucar ini boleh ditebus di butik-butik SK & Online kecuali butik SK Isetan.
  7. Baucar ini sah dari 1 Mac hingga 30 April 2019 bagi transaksi seterusnya
  8. Baucar ini tidak sah bagi produk promosi & produk terbaru

Jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda hadiahkan produk premium SK kepada yang tersayang seperti ibu, kakak, isteri atau mertua anda.

Selesa beribadah dengan telekung SK, insan tersayang pun tersenyum~ 🙂

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE