Kempen #bersamamemberikasih Telekung Siti Khadijah sasar dana RM 20, 000

Assalamualaikum #FamilySK

Bermula 12 Januari hingga 30 April 2019, #TeamSK akan menjalankan kempen #BersamaMemberiKasih. Bagi anda yang tidak mengetahui tentang kempen ini, kempen #BersamaMemberiKasih adalah salah satu inisiatif telekung Siti Khadijah dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan..  Team SK dalam usaha untuk mengumpulkan dan sebanyak RM 20,000.  Jom! #TeamSK mengajak semua #FamilySK bersama-sama menyertai Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Ramadan Siti Khadijah ini.

Bagaimana? Senang je! 🙂

Anda hanya perlu membeli koleksi telekung Signature Siti Khadijah (Signature Kekwa/Klasik Signature/Harmoni Signature). Setiap satu pembelian telekung Signature, RM 2 akan di masukkan ke dalam tabung CSR Ramadan 2019. Jumlah dana yang terkumpul akan diagihkan kepada golongan Asnaf,  anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang terpilih untuk program CSR Ramadan SK 2019 ini.

InsyaAllah, selesa beribadah dengan telekung SK, saham akhirat pun ada untuk anda~ 🙂

p/s: Jangan lupa dapatkan rangkaian produk Siti Khadijah di seluruh butik SK di Malaysia & Online SK hanya di www.sitikhadijah.com

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Butik Siti Khadijah kini di AEON Mall Nilai & Aman Central!

Peneraju telekung inovasi di Malaysia, Telekung Siti Khadijah melangkah setapak ke hadapan lagi dengan membuka dua butik. Dua butik Siti Khadijah yang dibuka itu terletak di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan dan Aman Central, Kedah.

Majlis pembukaan butik Siti Khadijah di AEON Mall Nilai ini turut diserikan dengan kehadiran Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), YAB Professor Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri dan Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah, Ammar Mohd Hishamuddin.  Manakala di butik Siti Khadijah di Aman Central, Kedah pula, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel, Mohd Munzir Aminuddin dan Pengarah Rina Salleh Clothing, Afiq Iskandar Razizad.

Butik Siti Khadijah Aman Central dan AEON Mall Nilai ini masing-masing merupakan cawangan yang ke-29 dan ke-30 di seluruh Malaysia. Waktu operasi bagi Butik Siti Khadijah yang baru ini adalah bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.  

‘’Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, Telekung Siti Khadijah berjaya meluaskan empayar perniagaan dengan membuka dua lagi butik di dalam Malaysia. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil saya, iaitu anak-anak dan suami yang sentiasa menjadi tulang belakang dan nadi kepada kejayaan Siti Khadijah sekarang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada famili besar saya, iaitu #TeamSK yang sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu dan kualiti Telekung Siti Khadijah bermula tahun 2009 sehinggalah ke hari ini. Saya juga percaya ini adalah titik permulaan yang baik sempena menyambut ulang tahun SK yang ke-10. InsyaAllah, pembukaan dua butik baru Siti Khadijah ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk merasai kualiti premium Telekung Siti Khadijah, dan dapat melakukan ibadah mereka dengan lebih selesa”.  
                      Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah

Disebabkan sokongan dan dorongan yang padu serta demand yang tinggi daripada pelanggan setia SK, #TeamSK mengambil keputusan untuk membuka sebuah lagi cawangan butik di Aman Central, Kedah dan di AEON Mall, Nilai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada #FamilySK yang sentiasa mempercayai kualiti produk SK sebagai kelengkapan ibadah seharian. Nilai pelaburan bagi pembukaan butik baru Siti Khadijah di Nilai mencecah RM 200,000.

Istimewa sempena pembukaan butik SK di Aman Central ini, SK telah keluarkan koleksi telekung baru iaitu Classic / Harmony Black Special Edition, H TPO Renda, Raissa & PKSE RW Allamanda. Bukan sahaja produk telekung, produk gaya hidup Muslim juga terdapat di butik SK.


Antara kelainan yang ingin di ketengahkan oleh Siti Khadijah bagi kedua butik baru ini ialah konsep rekaan dalam butik itu sendiri. Konsep yang digunakan tampak lebih moden namun kekal minimalis, sejajar dengan prinsip produk Siti Khadijah iaitu ringkas dan minimalis. Bagi pilihan warna butik pula, kedua-dua buah butik yang baru ini masih kekalkan warna maroon yang menjadi warna tema telekung Siti Khadijah. Antara tarikan lain adalah susunan wardrobe atau koleksi produk SK yang dipasarkan menghadap para pelanggan bagi menarik minat lebih ramai pelanggan dan interaksi yang lebih tinggi. Bagi keluasan butik pula, butik Aman Central mempunyai keluasan 775sqft, manakala butik di AEON Mall Nilai mempunyai keluasan 480sqft.

Buat julung kalinya, butik Siti Khadijah di Aman Central memperkenalkan rakan perniagaan baru iaitu jenama Rina Salleh Clothing. Ianya satu pembaharuan di mana dua jenama tempatan ditempatkan di dalam sebuah butik. Inilah kelainan yang ingin SK ketengahkan dan memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati bukan sahaja produk Siti Khadijah, mereka juga boleh merasai pengalaman mencuba rangkaian produk daripada Rina Salleh Clothing .

Tahun 2019 merupakan tahun ke-10 Siti Khadijah. Jadi saya rasa bukan saya seorang saja, malah staff SK yang lain juga turut teruja dengan ulang tahun ke 10 ini. Sempena ulang tahun Siti Khadijah ke -10, pelbagai program dan aktiviti yang bakal diperkenalkan oleh #TeamSK bagi menghargai para penggemar telekung Siti Khadijah. Termasuk lah dengan pembukaan beberapa butik SK di seluruh Malaysia pada tahun ini. Bagi tahun 2019, tema yang dipilih oleh #TeamSK ialah ‘kesetiaan’, sejajar dengan sokongan daripada #FamilySK sejak tahun 2009.

#TeamSK juga akan menghadiahkan 1000 helai telekung secara percuma sepanjang tahun 2019. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua #FamilySK yang sentiasa menyokong Siti Khadijah sepanjang 10 tahun ini.

Para pelanggan setia Telekung Siti Khadijah dijemput hadir pada 25-27 Januari 2019 bagi memeriahkan lagi Majlis Pembukaan Butik Siti Khadijah di AEON Mall Nilai dan Aman Sentral. Para pelanggan berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 15% dan HADIAH PERCUMA menanti pelanggan terawal. Tidak ketinggalan juga, untuk transaksi pembelian bernilai RM300 keatas, anda berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH TELEKUNG EKSKLUSIF Siti Khadijah bernilai RM1000.

Untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai produk pilihan, boleh terus layari laman sesawang Telekung Siti Khadijah di www.sitikhadijah.com atau LIKE laman Facebook Telekung Siti Khadijah. Untuk mendapatkan ukuran bagi setiap koleksi Siti Khadijah yang akan ditampilkan, boleh layari Instagram @catalogue.sitikhadijah.

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

AIM cawangan Barat Laut beli 1200 Telekung Siti Khadijah

Pada 5 Julai 2018, #TeamSK telah dijemput ke Majlis Sambutan Aidilfitri Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Majlis Sambutan Aidilfitri itu dijalankan dengan penuh meriah dengan kehadiran wakil-wakil dan ahli-ahli AIM cawangan Barat Laut yang lebih mesra dipanggil sebagai “Sahabat”

Pihak Telekung Siti Khadijah yang diwakili oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, Puan Junaidah Mohd Yusoff berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak AIM cawangan Barat Laut kerana menjemput #TeamSK ke Majlis Sambutan Aidilfitri AIM cawangan Barat Laut 2018.

Puan Junaidah menyampaikan ucapan di Majlis Sambutan Aidilfitri Amanah Ikhtiar Malaysia (cawangan Barat Laut)

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah memilih Telekung Siti Khadijah dan membeli dengan kuantiti sebanyak 1200 pasang telekung. Pastinya pihak AIM tidak salah memilih jenama Telekung Siti Khadijah kerana SK mementingkan kualiti produk pada tahap yang terbaik dan tahun demi tahun ianya juga semakin mendapat tempat di hati Muslimah yang mementingkan keselesaan ketika beribadah. Walaupun sering dikritik dek kerana harganya yang agak tinggi, namun ianya berbaloi dan seiring dengan kualiti premium telekung SK itu sendiri.

Suasana sekitar Majlis Sambutan Aidilfitri AIM cawangan Barat Laut yang berlangsung di Dewan Sri Bernam, Sg Besar~

Puan Junaidah juga berkata, sebenarnya pelbagai peluang bekerjasama boleh dijalinkan antara Telekung Siti Khadijah dan pihak Amanah Ikhtiar Malaysia melalui pelbagai cabang. Sebagai contoh, Siti Khadijah mempunyai Kolej Seni Jahitan. Kolej Seni Jahitan Siti Khadijah ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan kursus ini mempunyai kursus bagi jangka masa yang pendek dan jangka masa panjang.

“Dengan adanya kursus Seni Jahitan oleh Siti Khadijah, mana lah tahu para sahabat AIM dapat mengasah bakat dalam bidang penjahitan, dan tidak mustahil akan mengeluarkan jenama pakaian atau telekung sendiri pada masa akan datang, namun jangan dititru produk-produk tempatan yang sudah sedia ada pula”  

Puan Junaidah Mohd Yusoff, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat Siti Khadijah Holding Sdn Bhd

 

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Puan Junaidah berharap agar jalinan kerjasama antara pihak Siti Khadijah dan Amanah Ikhtiar Malaysia akan terus berkembang pada masa akan datang. Beliau selepas itu mengakhiri ucapan dengan mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Barat Laut.

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Telekung tatahan Swarovski daripada Siti Khadijah!

Bagi peminat telekung jenama popular Siti Khadijah, pastinya tidak ketinggalan mendapatkan koleksi edisi terhad telekung tatahan Swarovski yang dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur.

Koleksi terhad telekung Crystal Swarovski Limited Edition (CSLE) diilhamkan hasil kolaborasi sulung bersama jenama antarabangsa Swarovski.

Didatangkan dengan dua rona warna pilihan iaitu Teal Green dan Burgundy, telekung ini dihias rapi dengan tatahan Swarovski 100 peratus asli berbentuk bunga di bahagian hadapan telekung agar tampil minimalis dan tidak terlalu menonjol. Terdapat empat batu bunga dan 30 batu kecil yang terdapat pada koleksi edisi terhad telekung CSLE. Fabrik cotton-feel polyester tidak hanya nyaman dipakai, malah ia juga tidak jarang, tidak tebal dan tidak terbang ketika sujud, antara isu biasa yang dialami Muslimah ketika mengerjakan solat.

Menurut Pengasasnya, Puan Padzilah Enda Sulaiman yang ditemui di majlis pelancaran, koleksi terbaharunya itu tampil minimalis namun mementingkan kualiti dan keselesaan buat pelanggannya.

Saya tidak mahu koleksi ini kelihatan riak sehingga menimbulkan fitnah. Jadi kita tampilkan rekaan yang tidak keterlaluan buat pelanggan untuk tampil selesa dan eksklusif,” katanya.

Warna Teal Green & Burgundy menjadi warna pilihan Telekung CSLE Siti Khadijah~

Demi menjamin keselesaan maksima, telekung edisi terhad ini ditawarkan dalam tiga pilihan saiz klasik pada bahagian wajah iaitu S (58cm), M (60cm) dan L (62cm). Manakala labuh hadapan telekung ini adalah 117cm, labuh belakang 122cm dan labuh lining 65cm dan ukuran kain, labuh 135cm dan lebar 80cm.

Datang dengan kotak eksklusif, telekung CSLE ini amat sesuai dijadikan cenderahati buat VIP, didedikasikan sebagai penghargaan buat diri sendiri mahupun  diberikan sebagai cenderahati buat insan tersayang. Telekung CSLE ini kini boleh didapati di butik Siti Khadijah terpilih dan secara atas talian di www.sitikhadijah.com bermula 8 Jun 2018.

Dalam masa yang sama, sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Siti Khadijah juga mengeluarkan produk Baju Kurung pesak yang juga bertatahkan batu Swarovski, membuatkan ianya unuk dan terserlah gaya elegan si pemakai. Produk terbaru yang diberi nama Kurung CSLE dari Siti Khadijah ini juga sudah boleh didapati oleh pengguna tegar Siti Khadijah di semua butik dan Online Siti Khadijah.

 

Kredit: Sinar Online

 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Siti Khadijah Dedah Isu “Telekung Vietnam” Selepas Terima Ribuan Maklum Balas

Buat pertama kalinya, pihak Siti Khadijah Sdn Bhd (SKHSB) tampil memberi keterangan rasmi di majlis berbuka puasa Siti Khadijah mengenai isu telekung tiruan buatan Vietnam yang menggunakan trademark dan rekaan Siti Khadijah sewenang-wenangnya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Siti Khadijah Holding Sdn Bhd (SKHSB), Saha bin Sahad, pihak mereka menerima ribuan panggilan dan maklum balas berkenaan telekung tiruan yang ternyata jauh berbeza dari segi kualiti dan konsistensi.

“Kami terpanggil untuk mengadakan sidang media ini kerana transaksi penjualan telekung tiruan yang menggunakan trademark dan rekaan kami semakin menjadi-jadi. Lebih kritikal lagi apabila logo dan cara bungkusan ditiru bulat-bulat dan amat mengelirukan pengguna. Impaknya terhadap konsumer, rakan niaga, ekonomi negara dan imej kami sebagai pengeluar telekung premium harus dihebahkan supaya pelanggan tidak rasa tertipu memiliki telekung tiruan yang dianggap asli,” jelas Saha.

Untuk mengelak kekeliruan pengguna, Saha menegaskan bahawa telekung jenama Siti Khadijah yang asli hanya dijual di lebih 29 butik Siti Khadijah di seluruh negara, di laman web rasmi www.sitikhadijah.com,  tiga sosial media rasmi Siti Khadijah; Facebook, Instagram dan Twitter dan saluran marketplace sah iaitu Lazada, Shopee, FashionValet dan Astro Go Shop. “Kami tidak pernah melantik mana-mana ejen jualan dalam talian mahupun individu dan tidak pernah mempunyai kilang di Vietnam,” tambah Saha lagi.

Kilang Siti Khadijah yang berlokasi di Bangi, Selangor dijalankan oleh 98% pekerja warganegara dan bumiputera untuk menyokong industri tempatan dan menggalakkan aliran wang dalam negara, sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.

Menurut Saha, Siti Khadijah merupakan jenama berdaftar di bawah MyIPO dan segala trademark dan rekaan yang ditiru boleh diambil tindakan undang-undang.  Rekaan Telekung Siti Khadijah Klasik dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 sejak 7 Januari 2011. Berikutan informasi mengenai penjual telekung tiruan Siti Khadijah yang diterima, laporan telah dibuat kepada pihak berwajib seperti KPDNKK. Beberapa serbuan besar-besaran telah dilakukan melibatkan rampasan beribu-ribu telekung tiruan yang menggunakan logo Siti Khadijah.

Pihak Siti Khadijah menyarankan agar pengguna merujuk kepada butik sah Siti Khadijah dan laman web rasmi www.sitikhadijah.com untuk memastikan jenis, koleksi, harga dan warna yang ditawarkan adalah asli. Telekung premium Siti Khadijah dijual pada harga dari RM139 – RM287.

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE