#HHKongsi: Transformasi Imej Dengan Busana Kebangsaan

Pakar budaya, Tenas Effendy (1989) yang telah mengumpul ungkapan orang tua dari daerah Riau, daerah rumpun Melayu yang terdekat dengan Malaysia menggambarkan Baju Kurung ialah baju kurung Teluk Belanga di mana jahitan tulang belut menghiasi bahagian leher yang halus dan rapi. Katanya, pakaian ini adalah pakaian yang sopan untuk di pakai wanita untuk menghadiri pelbagai majlis dan adat.

 Pengertian ‘kurung’ itu sendiri mempunyai persamaan dengan konsep pakaian menutup aurat atau anggota tubuh badan. Ciri-ciri ini menepati dengan konsep berpakaian cara Melayu selepas kedatangan Islam. Pada akhir abad ke-19, baju kurung ini telah diberi sentuhan baru dan diberikan nama khas iaitu baju kurung teluk belanga oleh Sultan Johor dan ianya kekal sehingga kini diangkat menjadi baju rasmi negara.

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Ini melambangkan identiti sesebuah negara. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana ianya mempunyai identiti yang tersendiri. Keunikan pakaian kebangsaan kita harus terus kekalkan.


Dapatkan baju kurung yang patuh syariah dan selesa dari Kurong.co keluaran Siti Khadijah~


Bukan itu sahaja, ia dapat melahirkan penampilan yang selesa mata memandang dari kepala hinggalah ke hujung kaki. Pakaian adalah cerminan diri seseorang individu. Seharusnya kita menjadi penyambung warisan budaya bangsa dengan membentuk penampilan yang sopan dengan sopan dengan berbusana kebangsaan.

Kita harus bersatu membangun industri busana dan tekstil warisan bangsa untuk mengekalkan identiti bangsa dan negara di mata dunia. Kita perlu terus aktif berusaha mengekalkan busana bangsa dalam pelbagai acara dan majlis agar pakaian dan fabrik pakaian dapat dipertingkatkan mutu pembuatan dengan berbagai inovasi untuk kegunaan masyarakat. Jangan biar busana kebangsaan kita dipinggirkan dan kita harus mampu melaksanakan peranan ini.

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply